Featured Posts
News & Updates
Alhamdulillah,dengan izin Allah S.W.T,minggu orientasi pelajar tingkatan 4 berjaya dijalankan dengan jayanya. Terdapat banyak aktiviti yang telah disediakan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SBP Integrasi Gopeng serta para pengawas tingkatan 5 bagi mengikat tali persaudaraan di antara pelajar-pelajar ini. Program orientasi pelajar tingkatan 1 ini diadakan bagi memberi keyakinan diri kepada diri mereka sendiri selain daripada memberikan mereka peluang untuk berkenalan antara satu sama lain. Berikut adalah beberapa...
Info Pertandingan ICT Duniaku Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Perak. Pelajar dikehendaki untuk bekerja dalam kumpulan (2-5 orang) untuk menyertai pertandingan ini. Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan salah satu daripada berikut: Video Pelajar dikehendaki untuk merakam video yang bertemakan "Sekolah Saya". Skop video perlu berkaitan dengan sekolah atau mana-mana subjek yang diambil di sekolah, contohnya: Sains, Sejarah, dan sebagainya. Durasi...
Bentuk bulatan melambangkan keseimbangan individu. Kitab suci Al-Quran melambangkan pegangan agama sebagai asas kepada keimanan,ilmu dan amalan. Atom Bohr merujuk kepada sains teras pemangkin kecemerlangan pelajar. Lima bulatan yang bercantum merujuk kepada matlamat sekolah bagi melahirkan pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan insan yang seimbang dari segi intelek,emosi dan jasmani berteraskan 5 Rukun Islam dan 5 Prinsip Rukun Negara. Jangka lukis dan gear merujuk kepada matlamat sekolah bagi...
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng dibina di atas Lot 137664 dalam Mukim Teja,Daerah Kecil Gopeng.Luas kawasan sekolah ini adalah 27 ekar.Pembinaan bermula pada 13 November 2000.Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 30.4 juta.SBPI Gopeng adalah merupakan salah sebuah daripada 14 SMKA yang telah dinaiktaraf sebagai SBP Integrasi.SBP Integrasi Gopeng telah beroperasi secara pentadbiran pada bulan Disember 2002 dan dibuka pada tanggal 2 Januari 2003,manakala pada 17 Februari 2003,SBPI...