Info Pertandingan ICT Duniaku
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Perak. Pelajar dikehendaki untuk bekerja dalam kumpulan (2-5 orang) untuk menyertai pertandingan ini. Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan salah satu daripada berikut:
Video
Pelajar dikehendaki untuk merakam video yang bertemakan "Sekolah Saya". Skop video perlu berkaitan dengan sekolah atau mana-mana subjek yang diambil di sekolah, contohnya: Sains, Sejarah, dan sebagainya. Durasi video harus terhad kepada tidak lebih daripada 3 minit. Ia boleh menjadi gambar bergerak atau animasi.
Web
Mewujudkan sebuah laman web untuk sekolah anda untuk menyelesaikan masalah tertentu yang kini dihadapi oleh sekolah. Laman web juga perlu menampilkan aplikasi yang berfungsi untuk memudahkan tugas-tugas tertentu. Laman web perlu diwujudkan dengan Sistem Pengurusan Kandungan Sumber Terbuka seperti Wordpress, Joomla!, dan sebagainya.
Cara-cara menyertai pertandingan:
1. Kategori video
Langkah 1:
Rakam video anda dan jalankan kerja suntingan.
Ingat! Panjangnya mestilah kurang dari 3 minit!
Langkah 2:
Muatnaik video anda di Youtube.com. Anda perlu mewujudkan satu akaun dalam Youtube untuk melakukan ini.
Langkah 3:
Isikan borang penyertaan peraduan dan sertakan pautan video anda pada borang tersebut (contohnya: http://www.youtube.com/watch?v=hLdKsKep1og)
2. Kategori Web
Langkah 1:
Buat akaun perkhidmatan hosting cms (contohnya: WordPress, Joomla! dan sebagainya!)
Langkah 2:
Cipta rekabentuk dan bangunkan laman web anda dan terbitkan laman web itu menggunakan perkhidmatan hosting cms.
Langkah 3:
Isikan borang penyertaan peraduan dan sertakan pautan laman web anda pada borang tersebut (contohnya: http://smkas.worpress.com)
Terma dan syarat
Pertandingan ICT Duniaku 2012 adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Perak.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2012. Penyertaan yang lewat akan dibatalkan.
Pelajar yang menyertai pertandingan ini perlu membentuk satu kumpulan (minima 2 orang pelajar dan maksimum 5 orang pelajar setiap kumpulan) dan ahli kumpulan mestilah dari sekolah yang sama.
Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu dalam kedua-dua kategori. Walaubagaimanapun pelajar tidak dibenarkan berada dalam kumpulan yang berbeza.
Setiap kumpulan hanya boleh memenangi satu hadiah.
Hadiah akan dibahagikan sama rata di kalangan ahli kumpulan. Pihak penganjur akan mengeluarkan cek berdasarkan nama yang didaftarkan dalam borang pendaftaran.
Hadiah bagi pihak sekolah pula akan diberikan terus kepada sekolah yang menang.
Pihak sekolah mesti menggunakan wang hadiah tersebut untuk pembangunan ICT di kalangan pelajar.
Kakitangan dan ahli keluarga KPerak dan Afterschool.my tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Isi borang penyertaan anda di sini !
0 comments:
Post a Comment